FAIL (the browser should render some flash content, not this).
 
 
 

Terma dan Syarat

 

Kos yang dikenakan adalah melibatkan pembangunan web yang tidak melibatkan pemprosesan yang kompleks. Sebarang permintaan yang melibatkan penggunaan pangkalan data atau aplikasi pemprosesan akan dikenakan caj tambahan.

 

Proses pembangunan laman web hanya akan dimulakan setelah kami menerima 50%pembayaran daripada jumlah harga pakej sebagai wang deposit dan bayaran pendaftaran domain dan hosting serta maklumat yang berkaitan daripada pelanggan.

 

Draf laman web akan dibina dan pelanggan boleh melihat laman web untuk sebarang perubahan.

 

Selepas persetujuan, pelanggan menjelaskan baki 50% harga pakej dan laman web akan di muat naik sepenuhnya.

 

Semua maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam web (termasuk imej jika ada) hendaklah dihantar melalui emel iklanhebat@yahoo.com   atau disimpan didalam disket @ cdrom.

 

Jaminan web siap dalam tempoh yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada komitmen pelanggan menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan mereka dan jenis pakej.

 

Semua fail berkaitan dengan web akan diberikan kepada pelanggan didalam bentuk cd.

 

Bagi pengemaskinian web bagi selepas waktu percuma, caj servis akan dikenakan.

 

Laman web yang di tempah tidak dibenarkan mengandungi unsur-unsur lucah, fitnah, hasutan, penipuan, cetak rompak dan sebagainya yang menyalahi undang-undang Malaysia.

 

Kami berhak menolak sebarang tempahan laman web yang menyalahi undang-undang malaysia atau isi kandungan yang meragukan sama ada ketika tempahan, semasa pembinaan atau selepas di muat naik.

 

Sebarang maklumat dan risiko isi kandungan laman web pelanggan adalah di bawah  tanggunjawab pelanggan.

 

 
 

Laman Utama|Pakej Website|Portfolio|Tempahan|Terma|Hubungi Kami
 
Hakcipta terpelihara : IZRINA Management (IP0262594-P) 2007 - 2008.